Daftar ahli keluarga OKU dengan PPDK daerah: Jeffrey

3 Mar 2024 • 6:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Ibu bapa atau sesiapa yang mempunyai ahli keluarga dalam kalangan orang kurang upaya (OKU), digalakkan untuk mendaftarkan anak istimewa mereka dengan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daerah masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pendaftaran itu amat penting bagi mengetahui taburan bilangan OKU, sekali gus membolehkan perancangan program dan perkhidmatan berkaitan pencegahan, pendidikan habilitasi dan pemulihan yang bersesuaian dengan mereka.

“Kita tidak mahu golongan ini tercicir, kerana mereka juga berhak mendapat hak dan peluang yang sama untuk penyertaan penuh dalam masyarakat.

View Original Article