
TAWAU: Rakyat negeri ini digesa mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (Padu) bagi mengelak tercicir daripada sebarang bentuk bantuan atau geran kerajaan.
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (gambar) berkata, inisiatif kerajaan dengan melancarkan Padu baru-baru ini wajar disokong setiap rakyat.
“Daftarlah segera kerana pendaftaran adalah pada tahun ini sahaja untuk memastikan kita mendapat manfaat bantuan atau geran, khususnya bagi yang berkelayakan,” katanya ketika berucap pada Kempen Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api di Kg Budaya Pasir Putih, di sini.
Menurutnya, Padu mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di negara ini.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Katanya, pangkalan itu berperanan untuk memastikan rakyat menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.
“Jika ada bantuan atau insentif untuk rakyat, kerajaan akan merujuk kepada data ini… Kalau tidak mendaftar Padu, kita khuatir data lama digunakan (dirujuk) dan mungkin akan ada yang akan tercicir.
“Jika ada yang tercicir, jangan pula kecewa apabila orang lain mendapat bantuan kerajaan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Andi yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, pihaknya giat melaksanakan pelbagai program pembangunan di kawasan parlimen seperti menaik taraf jalan kampung, dewan dan sebagainya demi keselesaan rakyat.
Justeru, beliau mahu orang ramai agar menggunakan sebaiknya kemudahan yang disediakan serta digunakan secara adil dan saksama untuk semua pihak tanpa mengira latar belakang. Menurutnya, banyak lagi pembangunan yang ingin dilaksanakan pihaknya dan beliau berharap masyarakat memberikan kerjasama kepada pemimpin setempat demi kelancaran sesuatu projek yang hendak dibuat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


