Daftar skim insurans mulai esok, usia seawal 30 hari hingga 80 tahun layak

30 Sep 2022 • 8:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 30 SEPT: Rakyat negeri ini yang berusia seawal 30 hari hingga 80 tahun boleh memohon Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) mulai 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2023.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata mereka yang layak diminta mendaftar di aplikasi e-Wallet Wavpay yang boleh dimuat turun di Android Google dan iOS Apple.

Maklum Norita Mohd Sidek, menerusi skim tersebut setiap individu menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Perlindungan insurans am berkumpulan ini memberi manfaat kepada kira-kira enam juta rakyat Selangor melibatkan jumlah perlindungan bernilai RM60 billion yang ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata inisiatif tersebut dilaksanakan secara digital sepenuhnya menerusi Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd (Wavpay), salah sebuah syarikat dalam Kumpulan MBI yang bertindak sebagai pengendali perkhidmatan.

“Maklumat lanjut juga boleh didapati melalui pusat DUN dan penyelaras DUN negeri Selangor,” katanya.

Beliau turut memberitahu pihaknya sudah memberi taklimat mengenai skim insurans tersebut kepada ahli dewan negeri, penyelaras DUN dan Parlimen, hari ini.

“Selain MBI, turut menyampaikan taklimat ialah EXCO Pelaburan dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim dan pihak Wavpay,” katanya.

Program INSAN diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri pada 30 Ogos lepas, sebagai salah satu inisiatif meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved