
Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker jimatkan masa
DAGING antara juadah raya yang selalu menjadi pilihan ramai. Dimasak menjadi rendang, dendeng atau sate, satu masalah penyediannya yang selalu dihadapi iaitu sukar empuk.
Kalau dapat bahagian yang lembut tak jadi masalah, bahagian berurat pula ambil masa masa lama untuk empuk. Malah adakalanya masih liat walaupun sudah dimasak lama.

Kini anda tak perlu bersusah payah menggunakan pressure cooker atau memasak lama di dapur, hanya perap daging dengan tomato sudah mampu mempercepatkan proses melembutkannya
Perkongsian Liyaw Ah Seng ini menjadi perhatian warga maya hingga meraih lebih 300 perkongsian dalam masa beberapa jam.
“Nak dekat raya, saya kongsikan cara-cara untuk lembutkan daging, menjimatkan masa.
“Saya menggunakan tomato yang sudah dikisar. Caranya saya marinate atau perap daging dengannya. Guna tomato perap lama pun boleh,” jelasnya.

Daging tersebut tak perlu dibilas dan boleh dimasak terus.
Katanya lagi, sebelum ini menggunakan nanas tapi hasilnya daging jadi hilang teksturnya.
“Dulu saya gunakan nanas, cuma bezanya nanas ni tak boleh lama. Nanti daging boleh jadi serunding,” katanya.
Warga maya ragu-ragu daging menjadi masam, Liyaw berkata ia sama tidak berubah.
Selamat mencuba!
Sumber: Liyaw Ah Seng
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
The post Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker, jimatkan masa appeared first on Sinar Plus.

