Dah 14 Tahun Berlakon, Penonton Kesal Lihat Lakonan Janggal Jung Eunchae Dalam ‘Your Honor’

EntertainmentMovie
30 Aug 2024 • 11:11 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun “Your Honor” berjaya mencatat rating tinggi namun, lakonan salah seorang pelakon dalam drama itu telah dikritik ramai.

Bagi yang belum tahu, “Your Honor” mengisahkan tentang dua orang bapa dengan naluri keibubapaan yang kuat dan menjadi kejam untuk melindungi anak-anak mereka dari sebarang kesusahan.

Dalam drama ini, Jung Eun-chae memainkan watak sebagai Kang So-young iaitu seorang pendakwa raya yang menyasarkan kumpulan gangster chaebol.

image is not available

Meskipun dia cuba memainkan watak yang sedikit berlainan dengan berambut pendek, merokok dan melontarkan bahasa kasar, segelintir penonton mendakwa bahawa lakonanannya janggal dan tidak sesuai dengannya.

Antara komen yang ditulis,

  • Dia cantik tapi watak tu tak sesuai dengannya.
  • Hmm nampak tak kena dia merokok..
  • Lakonannya rosakkan drama ni la.

Apa kata korang yang tengah layan drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.