Dah Ada "Direct Train" Dari Bangkok, Padang Besar, Butterworth

LocalTravel
22 Aug 2024 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perkhidmatan sama pernah ditawarkan pada tahun 2022.

Ada berita baik untuk anda! Ini kerana kerajaan Malaysia dan Thailand dikatakan telah bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan kereta api terus antara Bangkok, Padang Besar dan Butterworth di Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Ketua Pejabat Gabenor SRT, Ekkarat Sriarayanphong.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata rancangan itu dipersetujui secara prinsip semasa Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-42 yang diadakan minggu lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

image is not available

Kereta api SRT.

"Fasa awal akan melibatkan percubaan operasi selama enam bulan.

"Perkhidmatan kereta api ini akan memberi manfaat dalam mempromosikan pelancongan dan meningkatkan pendapatan negara,” katanya.

Difahamkan, SRT dan KTMB turut bersetuju mempromosikan pelancongan dengan memperluaskan laluan kereta api persiaran percutian Malaysia, My Sawasdee yang kini berakhir di Hat Yai untuk dilanjutkan sehingga Surat Thani pada tarikh yang akan dibincangkan kemudian.