“Dah Ada Pengurus & Pemandu” – Peminat Lega Lihat Keadaan Song Jihyo Kini

Music
27 Oct 2023 • 5:04 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Umum mengetahui bahawa Song Ji-hyo menerima layanan buruk dari agensi lamanya.

Sedang menjalani perbicaraan untuk menuntut kembali bayaran tertunggak, pelakon wanita itu bagaimanapun disahkan sudah menandatangani kontrak baru bersama Nexus E&M.

Dalam pada itu, satu entri di Twitter telah menarik perhatian ramai. Sepertinya, Song Ji-hyo kini sudah memiliki pengurus dan pemandu baru apabila individu berkenaan memaparkan kad bisnes barunya.

Seperti yang semua tahu, pelakon tersebut sebelum ini perlu memandu sendiri ke set penggambaran dan menguruskan segala hal tanpa bantuan.

Melihatkan kemas kini terbaru ini, semuanya meluahkan rasa gembira dan berharap agar Song Ji-hyo menerima layanan sebaiknya.

Yes!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.