“Dah Bagi Naik MRT/LRT ‘Free’ Pun Memekak” – ‘Tweet’ Nedim Nazri Bikin Netizen ‘Panas Hati’

21 Jun 2022 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, suami kepada pelakon jelita Nora Danish iaitu Nedim Nazri membuat satu ciapan luahan mengenai netizen yang masih tidak berpuas hati biarpun pihak kerajaan telah mengumumkan pengangkutan awam kendalian Rapid KL ditawarkan secara percuma selama sebulan.

Melalui ciapan yang dilakukan oleh Nedim, beliau memerli netizen yang masih ‘bising’ biarpun kerajaan memberi pengangkutan secara percuma ketika negara sekarang ini sedang terkesan dengan inflasi.

Dapat 1 bulan naik MRT/LRT free pun korang memekak. Cuba cakap Alhamdulillah ke, thank you ke..

Tweet tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata warganet berasa ‘panas hati’ apabila membacanya serta menyifatkan jejaka terbabit tidak tahu perasaan susah menghadapi kesesakkan di koc tren.

image is not available

image is not available

Sekadar info, baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman bahawa semua pengangkutan awam Rapid KL ditawarkan secara percuma dalam tempoh sebulan bermula 16 Jun lalu.

image is not available 5 hari lalu

(TERKINI) Ismail Sabri Umum Tambang MRT, LRT, & Monorel Percuma Selama Sebulan