“Dah Banyak Kali Cakap..” – Umur 41 Tahun Kini, Uhm Taegoo Luah Hasrat Untuk Berkahwin

9 Aug 2024 • 12:20 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah pun memasuki usia 40-an, Uhm Tae-goo pastinya ada terfikir untuk berkahwin.

Baru-baru ini, Uhm Tae-goo telah terlibat dengan satu temu bual khas selepas tamatnya drama “My Sweet Mobster”.

Selain bercakap tentang drama itu, pelakon lelaki tersebut turut ditanya mengenai perkahwinan. Responnya,

Saya terlalu banyak bercakap tentang perkahwinan pada masa lalu. Saya selalu berkata saya nak kahwin, jadi saya akan berdiam diri mengenai topik itu buat masa ini.

image is not available

Sebelum ini dalam satu temu bual, Uhm Tae-goo pernah meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang dengan berkata,

Saya sentiasa berfikir ianya bagus untuk berkahwin dan ada keluarga. Saya pernah mengatakan bahawa bila saya bertemu seseorang pada masa hadapan, orang itu akan menjadi wanita idaman saya. Saya fikir mesti seronok kalau berkahwin.

Semoga cepat sampai jodoh Uhm Tae-goo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.