"Dah Bersedia Tanggung Dosa?" - Teguran Terbuka PU Syed Untuk Aliff Syukri & Baby Shima

Music
11 Aug 2022 • 5:18 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sekali lagi, usahawan terkenal Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi. Melalui perkongsiannya di Instagram, menunjukkan 'teaser' lagu dan video klip terbarunya bersama penyanyi dangdut terkenal Baby Shima. Netizen mengecam posting tersebut kerana tariannya yang agak "melampau".

Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberi teguran kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri supaya membatalkan hasrat melancarkan muzik video lagu.

Katanya, lagu tersebut tidak salah andai menyelitkan unsur positif, namun paparan muzik video (MV) yang dikongsi lebih kepada menonjolkan aksi menari bersama seorang artis wanita yang turut meninggalkan impak kepada keluarganya.

@pu_syed Sampaikan ini kpd @Aliffsyukriterlajaklaris ♬ Yasir Lana - arief akdw

Klip promosi tersebut memperlihatkan teman duet, Baby Shima menari sambil mereka menyanyikan dendangan yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos ini.

Namun, Baby Shima tampil pertahankan dirinya. "Komen netizen ini saya tak ambil kisah. Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa, mungkin mereka yang banyak menonton (cerita tidak bermoral) dan berimaginasi," kata penyanyi sensasi, Baby Shima terhadap segelintir netizen yang mendakwa dia seperti pelakon lucah.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved