Dah Boleh ‘Book’ Bilik, Sheraton Hotel Kuching Kini Dibuka Untuk Tempahan

7 Oct 2023 • 6:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sheraton Hotel Kuching sudah dibuka.

Dah Boleh ‘Book’ Bilik, Sheraton Hotel Kuching Dibuka Secara Rasmi Hari Ini. Hotel mewah bergaya yang dibina di tengah-tengah Bandaraya Kuching, Sheraton Hotel kini secara rasminya dibuka pada hari ini (7 Oktober 2023).

Terletak di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman, hotel ini mempunyai lebih 20 tingkat dan lebih 300 bilik serta Infinity pool pertama di Sarawak untuk pelanggannya nanti.

image is not available

Berita gembira Sheraton Hotel Kuching dibuka

Berita gembira ini disambut baik orang ramai yang telah sabar menanti pembukaan hotel mewah di Bandaraya Kuching ini.

image is not available
Superior Room. Kredit gambar: Marriott Bonvoy

image is not available
Kredit gambar: Marriott Bonvoy

image is not available
Tangkap layar dari Aplikasi Marriott Bonvoy yang kini mempamerkan Sheraton Kuching kini sedia untuk ditempah.

Dengan tarikan utamanya iaitu Infinity pool di rooftop, para pelanggan yang datang boleh menikmati kemudahan ini sambil melihat sunset serta pemandangan bandaraya Kuching.

image is not available
Excutive Suite. Kredit gambar: Marriott Bonvoy

image is not available
Presidential Suite. Kredit gambar: Marriott Bonvoy

Lokasi hotel yang strategik

Dengan lokasinya yang strategik, hotel ini berdekatan dengan banyak port-port menarik di sini.

Buat anda yang ingin merasai pengalaman luar biasa menetap di hotel mewah di tengah-tengah Bandaraya Kuching, anda boleh mula menempah dan merasai pengalaman sebagai antara individu terawal yang menginap di Sheraton Kuching.

Tempah Tiket Penerbangan ke Sabah dan Sarawak

Malaysia Airlines

Fireflyz Airlines

Dah menetap di Sheraton apa kata anda singgah di sini pula: