Dah Boleh Buang Kad Touch n Go Anda! Ini Senarai Tol Yang Boleh Guna Kad Debit September Ini

22 Mar 2023 • 3:31 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Putrajaya mengesahkan sistem pembayaran terbuka menggunakan kad debit bagi menggantikan Touch n Go (TNG) boleh digunakan menjelang September ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata -- ini bermakna pengguna mempunyai pilihan pembayaran, selain TNG yang dilihat memonopoli industri tersebut.

Namun menurutnya, pembayaran kaedah menggunakan kad kredit dan debit akan bermula di 5 buah tol lebuh raya.

image is not available

Lima lebuh raya yang akan guna sistem tersebut iaitu :-

1) Lebuhraya Sungai Besi

2) Lebuhraya Baru Pantai

3) Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur

4) Lebuhraya Koridor Guthrie

5) Jambatan Pulau Pinang

image is not available

Menurut Alexander, usaha ke arah sistem itu bukan perkara baharu dibincangkan kementeriannya, sebaliknya ia telah dilakukan lebih setahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pelaksanaan sistem itu merupakan inisiatif awal sebelum beralih ke Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang kini sedang diusahakan.

image is not available