
Seperti yang ramai sudah ketahui, Que Haidar merupakan seorang pelakon yang hebat serta diminati ramai. Bahkan, bukan saja dirinya menjadi perhatian umum, tetapi anak-anak perempuannya turut menjadi bualan ramai.
Kecantikan dua puteri Que iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra sering menjadi topik utama, lagi-lagi anak perempuan sulung pelakon tersebut, Ratu yang kini sudah meningkat remaja.
Baru-baru ini, Que ada memuat naik foto di laman Instagram memaparkan dirinya bersama keluarga sedang bercuti di negara Korea.
View this post on Instagram
A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars)
Foto berkenaan menjadi perhatian umum kerana ramai yang ‘terkejut’ melihat kejelitaan Ratu di dalam gambar tersebut dan Linda yang terlihat sangat muda, seperti kakak kepada anak-anaknya saja.
Menurut netizen, wajah Ratu seakan-akan iras seperti orang Rusia dan juga ada yang berseloroh bahawa anak perempuan Que itu boleh memasuki dunia K-Pop kerana memiliki raut wajah yang sangat cantik.


Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.
"Macam Anak Patung Muka Anak Que" - Mencuri Perhatian, Que Haidar Kongsi Video Menari Bersama Ratu
The post “Dah Boleh Join K-Pop Ni!” – Kecantikan Tengku Ratu Buat Netizen Terpegun, Disamakan Dengan Artis Korea first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



