Namun, persoalannya, apa akan jadi jika kita terlalu tidur atau bahasa saintifiknya, hipersomnia?
Mengikut definisi hipersomia yang dikongsi oleh Cleveland Clinic, fenomena itu berlaku apabila seseorang berasa mengantuk yang melampau pada siang hari walau telah mendapatkan lena yang sepatutnya.
“Gejala hipersomia boleh dikesan ketika seseorang masih remaja atau dewasa iaitu dalam lingkungan umur 17 hingga 24 tahun,” kata Cleveland Clinic.
MASALAH INGATAN
Sebenarnya, apa yang tak kena? Menjawab pertanyaan ramai itu, hellodoktor menjelaskan, isu terbabit barangkali ada kaitan dengan beberapa masalah kesihatan.
Antaranya seseorang mungkin sedang mengalami simptom kegelisahan, kurang bertenaga dan berdepan masalah ingatan akibat keperluan tidur yang berterusan itu.
“Pesakit akan mengalami rasa mengantuk yang melampau sepanjang hari. Malahan, rasa itu (mengantuk tersebut) tidak berkurangan walaupun tidur pada siang hari.
“Dilema itu menyebabkan golongan itu tidur dalam jangka waktu yang lama pada waktu malam,” katanya.
SUMBER Acharaporn Kamornboonyarush daripada PEXELS.
Healthline menambah, hipersomnia dikategorikan kepada dua jenis iaitu primer atau sekunder.
Hipersomnia primer: Berlaku tanpa sebab-sebab kesihatan dan gejalanya hanya keletihan yang melampau.
Hipersomnia sekunder: Disebabkan keadaan perubatan seperti mengalami apnea tidur, penyakit Parkinson, kegagalan buah pinggang dan sindrom keletihan kronik.
Antara simptom terlebih tidur yang jelas kelihatan seperti yang disenaraikan Healthline adalah seperti