“Dah Cut Pun Tak Lepas..”, Netizen Tak Pelik Kalau Sophia Albarakbah ‘Tersuka’ Pada Aliff Aziz Lepas Tengok Video Ini?

Entertainment
2 Jan 2024 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini timbul kontroversi yang melibatkan pelakon, Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah ketika mereka berdua melakonkan sebuah drama.

Terbaru! Video di sebalik tabir penggambaran drama itu kembali tular di media sosial dan telah menarik perhatian netizen. Apa kes pula ni?

Kalau korang tengok video tu, Aliff dan Sophia sedang melakonkan babak ‘sweet’ dalam drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah. 

Walau bagaimanapun, perkara itu membuatkan segelintir netizen berasa kurang senang dan diruangan komen hantaran itu, ramai yang menegur kerana menganggap Aliff Aziz tidak menjaga batas sebagai suami.

Bukan tu jer, ada juga yang mendakwa Aliff terlalu berlebihan kerana memegang tangan Sophia tanpa lepas sampaikan ada netizen kata tidak peliklah kalau Sophia tersuka pada Aliff.

Apa pandangan korang? Tapi yang lepas tu biarlah lepas dan semoga Aliff bersama Bella Astillah hidup bahagia sebagai suami isteri.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved