“Dah Enjoy Duit Tapi Kerja Tak Siap Siap” – Vida Tampil Perjelas Isu Hutang Lebih RM1 Juta, Minta Semua Pihak Bertenang

LocalBusiness & Finance
27 Nov 2024 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dato Seri Vida memberi penjelasan tentang hutang lebih RM1 juta yang didakwa tidak dibayarnya kepada syarikat pembinaan Ah Design Communication sejak 2018.

Menurut laporan, usahawan itu berkata kontraktor terbabit sudah pun mendapat sebahagian daripada wang bayaran namun kerja mereka masih tidak disiapkan mengikut perjanjian.

Biasanya projek bayar dulu barulah claim dibuat. Dalam kes saya, kontraktor dah enjoy makan duit dulu tapi kerja tak siap siap.

image is not available

Dalam pada itu, peguamnya sebelum ini berkata Vida akan mencabar tuntutan perintah sita terhadap asetnya termasuklah empat kenderaan mewah.

Usahawan berusia 53 tahun itu turut memohon agar orang ramai bertenang kerana dia kini masih di luar negara dan akan membuat sidang media dalam masa terdekat.

image is not available 2 days ago

Dato Seri Vida Akan Cabar Tuntutan Perintah Sita Kediaman & 4 Kenderaan - Peguam