
Terkini, pelakon Nad Zainal telah mengumumkan dirinya sudah bernikah bersama pilihan hati, Ungku Ismail pada 23 Januari yang lepas.
Walau bagaimanapun, terdapat netizen yang berasa musykil mengenai tempoh idahnya kerana dikatakan terlalu singkat. Eh, ye ke?
Dah habis ke?
Membalas kepada @mizzniena20 #marriage #nadzainal #fypシ #binafshasweet #trending #sad #binafshacontent #foryourpage90s #norainibasre #artismalaysia
Menurut satu video di TikTok, seorang netizen tampil mempersoalkan tempoh idah Nad. Sebelum ini, pelakon filem Juvana itu telah mendedahkan dirinya telah berpisah dengan bekas suami pada September 2022.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi pandangan masing-masing mengenai persoalan tersebut. Ada juga antara mereka yang mengatakan bahawa pihak jabatan agama lebih arif sebelum meluluskan permohonan perkahwinan pelakon tersebut.


Kalau pendapat pembaca Oh! Media apa pula?
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Dah Habis Ke?” – Selamat Bernikah Dengan Ungku Ismail, Netizen Persoal Tempoh Idah Nad Zainal appeared first on Oh! Media.

