“Dah Jadi Pantai Lengang” – Tular Video Pantai Cenang Sunyi Di Hujung Minggu

Entertainment
4 Oct 2022 • 4:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pulau Langkawi merupakan salah satu pulau yang terkenal di negara kita. Keindahan alam yang disertakan bersama dengan sejarahnya tersendiri menjadikan Pulau Langkawi ini sebagai destinasi pelancongan terkenal terutama bagi pelancong tempatan mahupun luar negara.

Walaubagaimanapun, sebuah video di TikTok tular menunjukkan keadaan Pantai Cenang, yang merupakan salah satu tarikan di Pulau Langkawi kini menjadi lengang tanpa kehadiran pelancong.

Pantai Cenang jadi pantai lengang?

image is not available

Video yang memaparkan keadaan Pantai Cenang pada masa sekarang menjadi tular apabila situasi Pantai Cenang yang selalu dipenuhi oleh pelancong menjadi lengang. Selain itu beberapa komen daripada warganet juga memberi pendapat mereka tersendiri.

Makanan mahal, hotel mahal semuanya mahal.

Last options jika nak ke Langkawi sebab costing terlalu mahal… bukan nak berkira tapi too much, hope mereka improve jika tidak melingkup lah bisnes.

Warganet menyatakan bahawa kekurangan pelancong adalah disebabkan oleh kos percutian yang terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, berkemuningkan besar juga kekurangan pelancong ini berlaku disebabkan oleh faktor yang lain.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.