Dah jumpa Qayzikri Hazimi di kedai gunting rambut

29 Aug 2024 • 3:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pelajar Tingkatan Dua yang dilaporkan hilang dari sekolahnya ditemui di sebuah kedai gunting rambut di Taman Widuri Senawang di sini pada Rabu.

SEREMBAN - Pelajar Tingkatan Dua yang dilaporkan hilang dari sekolahnya ditemui di sebuah kedai gunting rambut di Taman Widuri Senawang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun ditemui dalam keadaan baik dan selamat.

"Pelajar berkenaan telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sehingga dijumpai semula oleh ahli keluarga terdekat di sebuah kedai gunting rambut di kawasan Senawang.

"Remaja itu bersama keluarganya telah dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakam percakapan. Ribuan terima kasih di atas kerjasama orang awam dalam kes ini," katanya pada Khamis.

Pihak sekolah telah cuba mencari di dalam kawasan sekolah dan juga asrama tetapi gagal dijumpai. Punca pelajar tersebut melarikan diri masih dalam siasatan.