Dah Kahwin Tapi Berfoya, Wanita Dari Miri Ini Dedah Suaminya Curang Via WeChat

6 Apr 2023 • 2:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Ajak cerai, tak nak pulak.”

Dah Kahwin Tapi Berfoya, Wanita Dari Miri Ini Dedah Suaminya Curang Via WeChat. Apabila sebuah pasangan berkahwin, mereka telah bersetuju untuk terus komited antara satu sama lain dan mematuhi tanggungjawab perkahwinan bersama.

Namun, seorang wanita di Miri mendedahkan suaminya telah berlaku curang di belakangnya sepanjang perkahwinan mereka melalui aplikasi media sosial seperti TikTok dan WeChat.

image is not available
Dah Kahwin Tapi Berfoya, Wanita Dari Miri Ini Dedah Suaminya Curang Via WeChat

“Buat apa masih mahu simpan bini kalau masih lagi cari perempuan lain?”

Pendedahan itu dikongsi di Facebook oleh isteri lelaki berkenaan yang mendakwa suaminya enggan berkomunikasi dengannya selepas kena block oleh suami.

Menurutnya, dia pernah cuba memohon cerai namun permintaan itu ditolak suaminya. Dia turut berkongsi bahawa dia telah berusaha untuk bersabar sejak 11 bulan lalu dengan cuba menyelamatkan rumah tangganya dengan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

image is not available
Si isteri diblock suami dalam media sosial. Kredit: Facebook

Malangnya sepanjang durasi tersebut, suaminya curang dengan wanita lain yang ditemuinya di aplikasi media sosial seperti TikTok dan WeChat.

Lebih memburukkan keadaan, suaminya gagal memberinya nafkah sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Selepas hilang kesabaran, wanita itu memutuskan untuk mendedahkan suaminya selepas dia gagal menghubunginya untuk tindakan lanjut.

image is not available
Kredit: Facebook

Beliau turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana yang menggunakan aplikasi seperti WeChat, omi, Instagram, TikTok dan Facebook supaya berwaspada dengan lelaki yang mendakwa tidak mempunyai isteri.

Jangan kalah kena tipu suami orang cakap dia tak ada bini ini itu. Pastikan bijak jadi perempuan. Jadi wanita ada maruah sikit, jangan diguna tidur jak.”

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Buat akaun FB baharu semata-mata untuk mendedahkan perbuatan suami

Akaun Facebook yang mendedahkan ketidaksetiaan lelaki itu dipersoalkan oleh netizen kerana ia adalah akaun serba baharu tanpa gambar.

Namun wanita itu mendakwa dia terpaksa membuat akaun baharu agar suaminya dapat melihat post terbabit, berikutan akaun peribadinya kena block suaminya.

image is not available
Kredit: Facebook

Rata-rata netizen telah menasihati wanita itu supaya meninggalkan suaminya tetapi dia mendakwa tidak boleh kerana suaminya tidak bersetuju untuk bercerai.

Malah, wanita itu sebenarnya telah pergi ke Tribunal untuk menetapkan temu janji beberapa kali tetapi tiada tindakan lanjut boleh diambil.

image is not available
Kredit: Facebook

Semoga wanita ini dimurahkan urusannya. Perkahwinan adalah satu team effort, bukan berat sebelah sahaja. Kalau anda rasa belum ready untuk berkahwin, jangan kahwin. Jangan buang masa pasangan anda.

Lagi di sini: