
Tindakan Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana meraih perhatian ramai.
Lebih mengejutkan apabila ibunya, Datin Fatimah Ismail yang memang berpihak kepada menantunya sejak awal lagi turut memberi respon dan mendakwa anaknya ‘dihasut’ oleh isteri kedua, Ira Kazar.
"Ayuh Puteri Sarah, Kita Ada Bukti!" - Failkan Permohonan Nusyuz, Datin Patimah Dakwa Syamsul 'Dihasut' Ira Kazar
Sudah tentulah berita ini mendapat perhatian dan pelbagai respon daripada netizen apatah lagi Syamsul pula sebelum ini jarang mengeluarkan kenyataan berkenaan konflik rumah tangganya.
Jika kita lihat di media sosial, rata-rata netizen mengkritik, mengutuk dan menyindir pengarah filem Mat Kilau itu dan berkata dia berbuat sebegitu kerana mahu ‘spin’ cerita.

Sumber : FARIZ RUSADIO
Bukan itu sahaja, mereka turut menyentuh tentang dakwaan Syamsul bahawa Puteri Sarah masih berhubung dengan bekas teman lelakinya.
Sesetengah netizen persoal semula pada Syamsul tentang hal tersebut kerana dia juga didakwa berlaku curang dengan Ira Kazar semasa masih menjadi suami Puteri Sarah.
Dia curang boleh pula. Macam macam…”

The post “Dah Lah Kahwin Dekat Thailand Lepas Tu Play Victim Cakap Isteri Curang” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


