Dah Lama Tak Bercakap Dengan Along Cham, Ibu Buka Mulut – “Saya Tidak Pernah Memilih Menantu”

LocalEntertainment
11 Mar 2025 • 9:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu kepada pelawak dan pelakon Along Cham, Siti Habsah Kadir, mendedahkan bahawa dia tidak berkomunikasi dengan anaknya sejak perkahwinan Along tahun lalu.

Ibu kepada pelawak dan pelakon Along Cham, Siti Habsah Kadir, mendedahkan bahawa dia tidak berhubungan dengan anaknya sejak perkahwinan Along tahun lalu.

image is not available

Wanita berusia 64 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, namun mendakwa wujud salah faham besar dalam keluarga yang berpunca daripada kenyataan isteri Along, Afreena Suhaimi.

Saya tidak pernah pilih siapa menantu saya. Siapa yang anak saya pilih, saya terima seadanya.

Apa yang dia (Feena) beritahu kepada media tentang keluarga Along, dia sahaja yang tahu. Cuma dia buat kesilapan terhadap keluarga saya, hingga Along benci keluarga sendiri.

Setahun kami tidak jumpa kerana terkilan. Apa yang berlaku terlalu peribadi, itu sahaja saya cerita.

Habsah berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Syariah Sepang pada Isnin.

image is not available

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tidak pernah terlintas di hatinya untuk melihat rumah tangga anaknya musnah dalam tempoh kurang daripada setahun.

Selepas Along kahwin, saya tidak masuk campur. Pandai-pandailah Along melentur rumah tangganya sendiri. Sebenarnya sedih tengok anak jadi begini, bukan saya yang minta. Bukan saya suka, saya tak suka, saya sedih sangat-sangat.

Pengesahan lafaz cerai taklik antara Along Cham dan Afreena Suhaimi ditangguhkan ke 8 Mei selepas Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi mendapati kekeliruan dalam dokumentasi plaintif.

image is not available

image is not available

Kemelut rumah tangga mereka bermula apabila Along mendakwa Afreena melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan, menyebabkan jatuhnya lafaz taklik. Lafaz cerai taklik sepatutnya difailkan pada 16 Disember 2023, namun tertangguh selepas Along ditahan polis pada 14 Disember atas kes dadah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

Along Cham Pernah Lafaz Cerai 2 Bulan Selepas Nikah, Isteri Dedah Sekali Saja Langgar Taklik