Dah Lebih 20 Tahun Berlakon, Pelakon Veteran Ini Luah Perasaan Dek Sering Ditawar Watak Sampingan Sahaja

22 Jan 2024 • 4:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan mudah kan untuk terus kekal relevan dalam dunia hiburan yang penuh persaingan ini.

Begitu juga dengan pelakon veteran Bae Hae-sun, yang sudah lebih 20 tahun terlibat dalam dunia lakonan menerusi pelbagai karya.

Sebelum ini dalam satu temu bual bersama Elle Korea, wanita itu telah berkongsi perasaannya kerana sering ditawar hanya untuk memainkan watak sampingan, meskipun sudah lama berada dalam industri hiburan. Luahnya,

Saiz peranan itu tidak penting bagi saya sama sekali. Saya boleh meluangkan lebih banyak masa dan melihat sekeliling set, seperti bagaimana staf merakam drama ini serta bagaimana kakitangan begitu komited terhadap kerja mereka. Ia satu peluang yang baik untuk menonton dan belajar.

image is not available

Sambung pelakon “Hotel del Luna” itu lagi,

Walaupun ia bukan adegan saya, saya akan pergi ke set dan melihat orang-orang ini bekerja di set. Ia adalah saat yang menyegarkan bagi saya.

Untuk pengetahuan, Bae Hae-sun telah menemui penonton dalam pelbagai drama popular seperti “It’s Okay to Not Be Okay”, “Hometown Cha Cha Cha”, “All Of Us Are Dead” dan banyak lagi.

Walaupun wataknya kecil, tapi meninggalkan impak tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.