“Dah Macam Halloween” – Biskut Raya Bentuk Jari Hantu Buat Ramai Seram [Video]

Cooking
4 Apr 2024 • 6:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tidak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut satu Syawal selepas sebulan berpuasa.

Bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri nanti, pelbagai persiapan sudah mula disediakan termasuklah membeli baju raya, mengemas rumah, membakar kuih raya dan sebagainya.

Berbicara tentang kuih raya, selalunya anda akan melihat masyarakat setempat membakar biskut bertemakan Aidilfitri, namun lain pula kali ini.


Wanita Bakar Kuih Raya Bentuk Jari Hantu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@fykaa_kaka), menyaksikan sejenis kuih raya dengan bentuk yang unik dan agak menyeramkan.

Menerusi klip video yang dikongsi, seorang wanita dikenali sebagai Fyka telah menyediakan kuih raya berbentuk jari. Ya, bukan bentuk ketupat tetapi jari manusia!

Menurut kapsyen tertera, biskut tersebut dipanggil sebagai ‘Jari Hantu Membengkak’.

image is not available
Sumber: TikTok (@fykaa_kaka)

Kuih yang kelihatan seperti kuku jari sebenar itu dipercayai menggunakan kacang badam. Tambah pula dengan sentuhan pewarna makanan warna merah, memang nampak macam jari hantu. Macam-macam telatah ya orang sekarang.

Perkongsian itu telah mencuri perhatian ramai dengan jumlah tontonan mencecah 1 juta setakat artikel ini ditulis.

@fykaa_kaka

Biskut Raya tahun ni.. Jari Hantu Membengkak.. 🤤🤤🤤🤤🤤 #foryou #raya2024

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam


Netizen Seram Lihat Kuih ‘Jari Hantu Membengkak’

Menjengah ke ruangan balas, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa takut dan seram melihat kuih tersebut.

“Belum bakar pun dah takut tengok (biskut Jari Hantu Membengkak),” jelas seorang warganet.

Malah ada yang berkata kuih raya itu kelihatan seperti tema upacara lain.

“Kita nak sambut Raya bukan Halloween,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga individu yang sempat berjenaka dengan berkata biskut raya sebegitu sesuai dihidangkan di rumah bagi mengelakkan para tetamu menghabiskannya.

“Petua untuk orang kurang makan biskut raya dekat rumah kita,” kata seorang netizen.

image is not available
Sumber: TikTok (@fykaa_kaka)

Hah anda yang dekat rumah tu dah siap ke membakar biskut raya? Kalau ada kuih yang unik macam ni, jom kongsikan dengan kami.

Source: