‘Dah macam kat luar negara’ – Lambakan peniaga warga asing di Selayang, netizen tanya mana PBT?

LocalPolitics
26 Feb 2025 • 9:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kemasukan warga asing dalam negara bagi meringankan tugasan dan bebanan kerja warga tempatan dalam pelbagai industri. Bagaimanapun, ada segelintir warga asing yang mengambil kesempatan mencari peluang lain untuk menambah pendapatan seperti berniaga.

Seperti yang didedahkan oleh lelaki ini menerusi hantaran video di TikTok, lambakan peniaga asing di sebuah pasar di sekitar Selayang mengundang persoalan ramai.

Bagaikan berada di luar negara, lelaki ini merakamkan gelagat-gelagat peniaga warga asing yang menjual pelbagai barangan dan makanan di sekitar kawasan tersebut.

“Penduduk sekitar jarang saya nampak, hanya orang luar sahaja. Kalau dilihat keadaan, macam mana Malaysia akan datang. Hilanglah masyarakat kita dalam perniagaan,” katanya.

Video berkenaan juga telah mengundang persoalan ramai mengenai tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menangani isu berkenaan. Isu berkenaan juga katanya turut mengundang persoalan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia.

https://www.tiktok.com/@bidin_jepah/video/7475215125809483015?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Bukan hanya dilihat satu kesalahan apabila peniaga asing berniaga di kawasan berkenaan, malahan ramai yang menyifatkan kawasan tersebut sudah dicemari dengan kekotoran.

Dalam pada itu juga, netizen membandingkan penguatkuasaan tegas yang dibuat oleh negara luar terhadap peniaga warga asing terutamanya di Singapura.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved