“Dah Macam ‘Light Saber’!” – Dakwa Boleh Sembuhkan Kanser Guna Lampu Biru, Lelaki Ini Dikecam Netizen

22 Jun 2022 • 3:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu pendedahan di media sosial semalam telah menarik perhatian netizen berikutan tindakan lelaki yang mendawa boleh menyembuhkan penyakit kanser hanya dengan menggunakan lampu laser.

Individu yang dikenali sebagai Master Hadzrin itu dilihat sedang merawat salah seorang pesakitnya yang menghidap kanser paru-paru menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh lelaki ini di Twitter.

Dakwa Master itu lagi, pesakitnya itu dikatakan telah sembuh seperti sedia kala setelah melakukan rawatan lampu laser ala ‘light saber’ itu.

Malah alat yang digunakan untuk merawat ‘pesakit’ itu turut dijual dengan harga RM1,200 setiao satu.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen memberikan respon tidak percaya dan mempersoalkan kredibiliti Master Hadzrin yang mendakwa dirinya boleh menyembuhkan penyakit kanser.

image is not available

Sumber : Twitter  

Macam mana dia tahu dah tak ada kanser? Tengok dekat mana? Ada ambil CEA ke? Run kat mana? Buat CTTAP ke?

Selain itu, netizen juga meluahkan rasa simpati kepada mereka yang telah membeli alat itu yang terang-terang menipu terutama golongan warga emas.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO)“Demo Kecek Kelate?” - Mat Saleh Mahir Pelbagai Bahasa ‘Tewas’ Dengan Wanita Ini, Tak Reti Bahasa Melayu