
Penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hael Husaini mengundang perhatian netizen di mana rata-ratanya memberi respon mengenai imej terkininya.
Menerusi perkongsian satu restoran terkenal di TikTok, penyanyi itu dilihat sedang menikmati hidangan selepas sidang media Anugerah Drama Sangat 2023.
Netizen komen imej terkini Hael Husaini

#haelhusaini #ombakkitchen #pakaitanganjer #kualalumpur #viral
Perkongsian itu dihujani komen netizen yang terkejut melihat perubahan imejnya. Ada yang membuat persamaan dengan penyanyi terkenal antarabangsa Michael Jackson.


Tak kurang juga yang rindu melihat Hael dengan imej lamanya ketika mula-mula mengecap populariti. Perkongsian tersebut sehingga kini mendapat lebih 500,000 tontonan dan 2,000 komen.
Kredit: TikTok @ombakkitchen


