“Dah Macam Sinetron” – Babak Dalam Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Ini Bikin Ramai ‘Cringe’

Entertainment
14 Aug 2025 • 9:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak mula ditayangkan, drama siri terbaru Thariq Ridzuwan: His Treasure menjadi sebutan dek kerana beberapa isu, bermula dengan kenyataan pengarahnya hinggalah ke lakonan Qasrina yang dikatakan tidak meyakinkan.

image is not available 2025-07-29 17:16:05

“Merqeen Okay Je” - Netizen Kecam Lakonan Qasrina Karim Dalam Thariq Ridzuwan: His Treasure

Terbaru, salah satu babak di dalam episod terbaru drama berkenaan menjadi bualan di laman sosial Threads gara-gara aksi yang dikatakan’cringe’.

Menerusi babak tersebut, pelakon utama iaitu Qasrina sedang marah sebelum ditolak watak sampingan dilakonkan oleh Mia Sara.

Hero drama iaitu Thariq Ridzuwan dilakonkan Meerqeen kemudian muncul bersama ‘skuad’ nya untuk melindungi Qasrina yang melakonkan watak Husniya Radwa.

Aksi mereka bersama-sama mengangkat tangan sebagai tanda ‘melindungi’ Husniya Radwa daripada terkena sayur yang dibaling itu dianggap ‘cringe’ itu telah disindir oleh netizen.

Ingatkan baling asid tadi, rupanya sayur je hmmm.

Segelintir individu berpendapat drama ini tidak diadaptasi sehabis baik seperti yang digambarkan di dalam novel dan ramai turut memerli babak tersebut sudah seperti dalam sinetron serta cerita Tamil.

image is not available image is not available image is not available image is not available