‘Dah macam suara rakyat!’ – Pekerja kedai pakaian terkenal dakwa dianiaya majikan

LocalOpinion
21 Jan 2025 • 2:46 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Beberapa tangkap layar tular mengenai komen daripada beberapa pekerja dan juga bekas pekerja disebuah kedai pakaian Jepun yang mendakwa telah dianiaya pihak pengurusan.

Mereka mendakwa dipaksa melalukan pelbagai kerja yang bukannya di bawah skop bidang mereka.

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa telah dibuang kerja gara-gara mengambil cuti sakit selama satu hari.

image is not available

Pihak pengurusan juga dikatakan tidak menjaga kebajikan pekerja malahan turut memberikan notis amaran jika terlewat masuk kerja walaupun mempunyai alasan yang kukuh.

Sebelum ini juga tular beberapa individu berbangga bekerja di butik berkenaan kerana tawaran gaji yang lumayan. Namun, komen-komen tular itu telah mengejutkan netizen dan menimbulkan persoalan samada kenyataan itu benar atau palsu.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa sukar untuk menunaikan solat jika tiada sesiapa yang boleh bertukar tempat. Dan perkara itu juga katanya termasuklah solat Jumaat.

image is not available

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai bekas pekerja kedai berkenaan mendakwa tindakan sistem pengurusan menyebabkan pekerja-pekerja di sana mengalami tekanan, malas ke tempat kerja, dan ‘hilang dalam radar’.

image is not available