Dah Macam Syurga Buat Kanak-Kanak, Permainan Indoor Terbesar Di Kuching Kini Dibuka Kepada Umum

17 Jun 2023 • 8:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Funtastic World terletak di Aeroville Mall

Dah Macam Syurga Buat Kanak-Kanak, Permainan Indoor Terbesar Di Kuching Kini Dibuka Kepada Umum. Taman permainan boleh dikatakan tempat kegemaran semua kanak-kanak. Kalau lalu di mana-mana taman permainan, pasti mereka akan teruja dan meminta untuk bermain di situ.

Terletak di Aeroville Mall, pusat hiburan ini membuka peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati pelbagai jenis permainan indoor yang menarik.

image is not available
Dah Macam Syurga Buat Kanak-Kanak, Permainan Indoor Terbesar Di Kuching Kini Dibuka Kepada Umum

Sini merupakan pusat hiburan indoor yang terbesar di Kuching

Pusat hiburan ini menawarkan pelbagai jenis aktiviti seperti ribuan bola plastik, wall climbing, bola gergasi, trampoline, gelongsor, dan masih banyak lagi.

Berkeluasan lebih 10,000 kaki persegi, permainan indoor ini dihiasi dengan warna-warna yang lembut.

Pusat hiburan indoor terbesar untuk kanak-kanak di Kuching telah dibuka dengan soft opening pada 16 Jun 2023 (semalam). Bagi merayakan pembukaan pusat hiburan ini, pihak pengurusan turut menawarkan pendaftaran sebagai ahli secara percuma pada 16, 17 dan 18 Jun 2023.

image is not available

image is not available

Mereka menawarkan pendaftaran sebagai ahli secara percuma pada 16, 17 dan 18 Jun 2023.

Bagi harga tiket masuk pula, pada hari biasa, harga untuk kanak-kanak yang menjadi ahli ialah sebanyak RM15 manakala harga tiket bagi mereka yang bukan ahli ialah sebanyak RM25.

Untuk dewasa pula, harga tiket masuk ialah RM5 untuk mereka yang menjadi ahli manakala untuk mereka yang bukan ahli, harga tiket masuk adalah sebanyak RM10. Jika anda mahu tambah masa, boleh lihat senarai harga di bawah:

image is not available

Pada hujung minggu ni, eloklah bawa anak-anak anda untuk berkunjung ke sini. Harga member pun free buat masa ni tauu

Lagi artikel menarik yang anda mungkin berminat, baca pautan di bawah: