Dah Makan Kenyang Tapi Masih Cari Makanan? Doktor Kongsi Apa Itu ‘Food Noise’ & Cara Atasinya

Health & FitnessFood
24 Apr 2026 • 5:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Dah Makan Kenyang Tapi Masih Cari Makanan? Doktor Kongsi Apa Itu ‘Food Noise’ & Cara Atasinya

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu memerlukan nutrisi yang cukup untuk badan sihat dan bekerja seperti sedia kala.

Nutrisi itu didapatkan menerusi pemakanan yang seimbang seperti disarankan oleh doktor serta pakar pemakanan.

Namun pernahkah anda atau mungkin melihat individu sekeliling yang asyik memikirkan tentang makan meskipun sudah kenyang atau baru sahaja menjamu selera?

Apa itu Food Noise?

Terbaharu seorang Pengamal Perubatan Gaya Hidup dan Jurulatih Kecergasan, Dr Shazif Othman telah berkongsi apa yang berlaku kepada individu ini.

Jelasnya ia bukan bermaksud mereka tamak mahupun lemah sebaliknya perkara yang berlaku adalah Food Noise.

Menurut Health Cleve and Clinic yang memetik Pakar Endorkologi, Dr Reena Bose pula, Food Noise adalah perasaan lapar yang berterusan.

Seseorang mungkin sukar berasa kenyang atau puas walhal baru sahaja selepas makan.

Orang sekeliling tak faham dan anggap mereka yang alami Food Noise tak ada disiplin

Jelas Dr Shazif apa yang lebih teruk, apabila orang disekeliling tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Bahkan ada yang mengatakan individu mengalami Food Noise ini memberi banyak alasan, jangan makan berlebihan, perlu lebih disiplin dan sebagainya.

Perkara ini turut memberi kesan kepada individu yang mengalami Food Noise kerana merasakan diri mereka yang bermasalah, malas, tidak ada daya untuk menolak dan sebagainya.

Food Noise berlaku disebabkan disregulasi hormon

Image from: Dah Makan Kenyang Tapi Masih Cari Makanan? Doktor Kongsi Apa Itu ‘Food Noise’ & Cara Atasinya
Foto: Pexels

Namun apa yang perlu diketahui ia bukanlah masalah mereka malas atau sebagainya tetapi masalah biologi.

“Ini sebenarnya yang berlaku dalam otak anda. Food Noise sebenarnya didorongi oleh disregulasi (terganggu) hormon,” katanya.

Sebagai contoh disregulasi hormon adalah:

  • Rintangan Leptin adalah isyarat rasa kenyang yang terganggu di mana otak tidak mencatat maklumat seseorang ‘dah kenyang’.
  • Hormon ghrelin meningkat – hormon lapar menjerit walaupun ia tidak sepatutnya bertindak begitu.
  • Dopamain hijack – pemakanan ultra-proses membuatkan anda mahukannya lebih banyak.
  • Insulin tinggi – gula dalam darah terganggu dan membuatkan anda mempunyai keiginan terus meningkat.

Bahkan Food Noise ini akan lebih mengganggu apabila seseorang itu:

  • Tidak mendapatkan tidur yang cukup kerana akan membuatkan hormon ghrelin meningkat manakala leptin jatuh sepanjang malam
  • Tekanan tinggi – kortisol akan mendorong seseorang untuk mengidamkan gula dan lemak
  • Diet yang terlalu terikat – perkata yang terikat akan membawa kepada obesesi.
  • Skrol kandungan makanan (food content) tanpa henti – perkara ini membuatkan otak tidak dapat memaklumkan kepada badan sama ada benar-benar lapar disebabkan terganggu dengan visual yang dilihat.

“Ramai orang lakukan semua ini secara serentak dan kemudian menyalahkan diri mereka kerana ‘tiada disiplin’. Perkara itu tidak pernah adil.

Cara tangani masalah Food Noise

Image from: Dah Makan Kenyang Tapi Masih Cari Makanan? Doktor Kongsi Apa Itu ‘Food Noise’ & Cara Atasinya
Foto: Pexels

Bahkan Dr Shazif turut memaklumkan pernah berdepan dengan pesakit yang mengalami masalah sama dan ia sebenarnya boleh diperbaiki jika kita dapat menangani punca utama hormon.

Kata Dr Shazif terdapat beberapa perkara yang dapat membantu untuk menangani masalah Food Noise ini seperti:

  • Pengambilan protein dalam setiap makanan – protein merupakan salah satu bahan semulajadi yang bagus dalam mengurangkan Food Noise.
  • Gula dalam darah yang stabil – tidak tinggi, tidak terganggu, tidak ada keinginan yang berlebihan.
  • Tidur yang berkuali – tidur yang tidak berkualiti boleh menukarkan hormon lapar secara signifikan.
  • Pengurusan tekanan – kortisol merupakan mesin keinginan atau craving dalam senyap.
  • Tangani rintangan leptin dan insulin – perubahan sebenarnya berlaku di sini.

“Matlamatnya adalah tidak mahu menderita dengan rasa keinginan terhadap makanan selamanya.

“Matlamat adalah untuk mendapatkan tempat di mana makanan hanyalah makanan dan bukan obesesi, bukan ganjaran dan bukan sumber yang membuatkan rasa bersalah,” katanya lagi.

Menurut Dr Reena Bose dari Health Cleve and Clinic pula, antara perkara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah Food Noise ini adalah:

  • Fokus pada diet yang sihat – limit atau elak makanan makanan process.
  • Makan secara intentionally (bersahaja) atau waktu tepat – jangan menyekat diri untuk tidak makan kerana bimbang berat naik atau tunggu sehingga diri benar-benar rasa lapar. Makanan adalah sumber untuk makanan.
  • Bersenam – Berapa kerap atau jenis senaman yang dilakukan turut memberi kesan kepada badan.
  • Kurangkan tekanan
View on Threads

View Original Article