Gara-gara tidak membayar makanan di sebuah kedai, seorang lelaki bertindak mengejar pemandu sebuah kereta Myvi di sepanjang jalan.
Video yang tular itu dikatakan berlaku di Sungai Ramal, Kajang.
“Makan tak bayar, gila. Dah la makan tak bayar, lari,” kata pemilik video tersebut.
Menerusi rakaman berdurasi 56 saat itu, pemandu kereta Myvi tersebut dilihat memecut dengan laju dan memandu dalam keadaan merbahaya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.
Netizen turut mengecam sikap pemandu itu yang bukan hanya tidak membayar harga makanan, tetapi turut membahayakan pengguna jalan raya.
Disamping itu juga, netizen turut mempersoalkan motif lelaki ini yang dianggap tidak berbaloi mengejar pemnadu Myvi tersebut hingga ke pertengahan jalan.
“Tak payah beria sangat, sepatutnya dapat rakam kereta dengan nombor plat dah okay dah,” kata netizen.
“Teruk sangat makan tak bayar lari. Makan wagyu ke sampai tak mahu bayar?” kata netizen lain.
Sumber: Nan Manjoi,TikTok
The post ‘Dah makan tak bayar, lari’ – Lelaki sanggup kejar pemandu Myvi yang didakwa tak bayar makan appeared first on The Reporter.



