“Dah Masuk Fasa Psycho” – Ramai Tegur Makin Berisi, Janna Nick Bangun 4 Pagi Test UPT

Entertainment
28 Feb 2024 • 8:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
janna

Siapa je yang kahwin tak nak anak? Mestilah semua pasangan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka, kan?

Begitu juga dengan pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang bernikah pada Jun 2023. Sampaikan Janna sudah masuk fasa phycho kerana terlalu mahukan anak.

Perkara itu dikongsi Janna di TikTok menjawab kepada kritikan seorang netizen mengenai badannya yang semakin berisi.

Netizen tegur badan Janna Nick berisi

@jannanickofficial Replying to @user9317614082996 ♬ Buah Hati – Armada

Dalam perkongsian itu, pelakon ini merakam dirinya yang bangun jam 4 pagi semata-mata mahu membuat ujian kehamilan.

Janna menunaikan solat sunat dua rakaat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya tidak kecewa sekali lagi. Tetapi nampaknya keputusan negatif.

image is not available

Jelas Nurul Jannah, badannya semakin berisi kerana dia kurang bergerak takut sukar hamil. Dia juga berhenti melakukan aktiviti kegemaran seperti yoga, sauna dan bersenam supaya badan dapat berehat.

Dia juga sudah ambil pelbagai jenis vitamin dan suplemen sehingga muka naik jerawat besar. Setiap bulan, fikirannya akan bercelaru kerana setiap perkara dirasakan seperti simptom hamil.

Apa-apa pun, pelakon ini menerima takdir bahawa dia perlu menunggu lebih lama sebelum hadirnya insan istimewa.

Kredit: TikTok Janna Nick

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.