Dah Melebihi Sasaran, Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM361,848, Kini Di Simpang Ampat

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 12:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dah Melebihi Sasaran, Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM361,848, Kini Di Simpang Ampat

Dah Melebihi Sasaran, Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM361,848, Kini Di Simpang Ampat

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya memperoleh sebanyak RM361,848 menerusi Larian Kesyukuran Muar yang memasuki hari ketiga hari ini.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Syed Saddiq berkata beliau terkejut melihat angka sumbangan yang diberikan oleh orang ramai.

"Sasaran asal kita ialah 200,000 dalam masa empat hari, tetapi dalam masa dua hari saja kita bukan saja dah capai, malah dah melebihinya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menyumbang, berkongsi dan terus memberi sokongan.

"Hari ini (Jumaat) kami bermula dari Labu melalui Seremban dan Pedas sebelum menamatkan perjalanan di Kota," katanya.

Image from: Dah Melebihi Sasaran, Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM361,848, Kini Di Simpang Ampat

Menurutnya, memasuki hari kedua itu, badannya sudah merasa cramp.

"Badan memang tersiksa, cramp datang satu badan dan ada masa saya sendiri rasa sangat susah untuk teruskan," katanya lagi.

Selain itu, beliau turut merasa tersentuh dengan sokongan orang ramai serta ada yang sanggup tunggu di tepi jalan walaupun dalam keadaan hujan.

Image from: Dah Melebihi Sasaran, Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM361,848, Kini Di Simpang Ampat

"Untuk 3km terakhir menuju ke Kota, saya dah tak mampu nak berlari dan terpaksa berjalan.

"Tapi apabila sampai dan nampak lautan manusia menunggu, semangat itu datang balik. Sepanjang perjalanan, ada mak cik dan pak cik yang hulurkan wang tunai kepada kami.

Baca juga:

"Sumbangan paling kecil yang kami terima pula 50 sen, namun ia cukup bermakna bagi kami.

"Bagi saya bukan besar atau kecil jumlahnya, setiap sen membawa makna kerana semuanya datang daripada hati," ujarnya lagi.

Image from: Dah Melebihi Sasaran, Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM361,848, Kini Di Simpang Ampat

Syed Saddiq juga berkata pada awalnya beliau akan melipat gandakan bantuan untuk masyarakat Muar susulan sumbangan luar biasa yang diberikan oleh orang ramai.

Memasuki hari ketiga, Syed Saddiq sudah berada di Simpang Ampat, Melaka.

Beliau kini sedang berehat dan akan meneruskan larian pada pukul 5 petang nanti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved