“Dah Memang OTW Balik” – Pemuda Menangis Teresak-Esak Dalam Tren, Rupanya Baru Dapat Berita Kematian Ayah

Entertainment
5 Jul 2023 • 2:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita kematian seseorang yang sangat kita sayangi sememangnya berita yang paling perit untuk kita dengar namun dalam masa yang sama perlu reda dengan ketentuanNya.

Kadang kala emosi kita yang terlampau sedih sehingga tidak mampu lagi untuk bertahan membuatkan kita menangis teresak-esak.

image is not available 1 month ago

Belikan Nasi Lemak Untuk Sarapan, Suami 'Terlupa' Isteri Sudah Meninggal Dunia - "Abah Tengok Katil, Dia Menangis"

Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda ini yang tular di TikTok kerana dirakam menangis sambil mencangkung di dalam tren.

Menerusi rakaman itu, pemuda tersebut pada mulanya berdiri di dalam tren berkenaan namun secara tiba-tiba terduduk dan menangis.

Tanpa menghiraukan sekeliling, dia dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan apabila ditanya oleh orang awam di dalam tren, ternyata dia baru sahaja mendapat berita kematian bapanya.

Lebih meruntun hati, bapanya itu meninggal dunia pada pagi Hari Raya Haji dan pemuda tersebut sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.

Kejadian berlaku di Indonesia itu meraih perhatian warganet dan rata-ratanya turut berdukacita melihat pemuda berkenaan yang tidak dapat menahan kesedihan.