“Dah Minta Tolong Papa Ke Tu?” – Caprice Sindir Asyraf Khalid, Dedah Kronologi Sebenar Kes Podcast Bersama Murad Zaidi

EntertainmentPolitics
2 Aug 2025 • 7:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh semalam apabila pempengaruh dan juga usahawan, Asyraf Khalid dilaporkan ingin memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice gara-gara penerbitan podcast yang tular sebelum ini.

Mengimbas kembali, anak tiri kepadq penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu ada menemubual seorang lelaki dikenali sebagai Murad Zaidi.

Difahamkan, Murad kini sedang dalam siasatan polis berikutan kes pukul pekerja selain pernah menghantar ugutan bunuh terhadap Caprice dan keluarga.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Caprice kemudian mendakwa dia ada meminta Asyraf untuk tidak menerbitkan episod podcast tersebut namun pada awalnya tidak bersetuju.

Dakwa Caprice di Instagram Story, Asyraf hanya bertindak menarik balik penerbitan podcast tersebut setelah dikecam teruk oleh netizen di media sosial.

Tidak lama kemudian, Asyraf menerusi satu sidang media tampil membuat kenyataan bahawa Caprice telah menyebabkan dia dikecam dan dihentam hebat oleh orang ramai.

Caprice kemudiannya tampil mendedahkan kisah sebenar di sebalik kronologi kes tersebut dan berikrar untuk tidak berdiam diri meskipun diasak ‘individu’ tertentu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-01 20:53:31

"Celah Mana Hang Ni Seorang Selebriti, Caprice Poyo But Everywhere I Go Orang Minta Gambar" - Caprice Sindir Asyraf Khalid?