“Dah Nak Sampai Red Zone, Apa Terjadi Usaha Mesti Diteruskan..” – Ardell Aryana

WorldEntertainment
27 Sep 2025 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, pelakon, Ardell Aryana memaklumkan bahawa mereka kini sedang menuju ke kawasan merah (red zone) dan perkara itu dikongsikan sewaktu melakukan live di TikTok sebentar tadi.

Sudah sampai di red zone

Dalam pada masa yang sama, Ardell turut berkongsikan kepada pengikutnya suasana di sekitar pelayaran tersebut.

Dah nak sampai red zone (zon merah). Kejap lagi nak gerak lah ni. Sekarang pukul 7.36 pagi beza lima jam dengan Malaysia. Kami tunggu escort (pengiring), kejap lagi nak gerak lah, tengah tunggu kapal escort.

Bagaimanapun, difahamkan live Ardell berdepan dengan gangguan angin yang kuat hingga membuatkan suara pelakon tersebut kurang didengar sewaktu berkongsikan pengalamannya.

“Apa terjadi usaha mesti diteruskan..”

Menurut selebriti itu, dia kini menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, selain menghargai semua doa-doa orang ramai buat sukarelawan Global Sumud Flotilla.

Apa terjadi usaha mesti diteruskan. Kalau tak bernyawa, jangan risau. Kalian jadi penyambung saudara di Gaza.

Sekadar info, Sepanyol bersama Itali telah menghantar kapal perang bagi melindungi Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan ke Gaza selepas mereka diserang oleh dron di berhampiran perairan Greece.

image is not available 2025-09-26 14:56:46

Ardell Aryana Kembali Pulih & Teruskan Misi GSF - "Walaupun Doktor Suruh Pulang Tapi.."