Dah Putus Dengan Moon Gayoung? Son Heungmin Kini Dilapor Bercinta Dengan Bintang Terkenal Portugal

Music
16 Feb 2024 • 3:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Son Heung-min telah dikatakan bercinta dengan seorang wanita kelahiran Portugal.

Sebelum ini, Son Heung-min pernah dikatakan menjalani hubungan bersama dengan beberapa selebriti terkenal seperti Moon Ga-young, Ji-soo BLACKPINK dan Min-ah GIRL’S DAY.

Namun baru-baru ini, satu akaun bola sepak “Footballersandwags” telah membuat hantaran dari sumber rahsia, berkenaan dengan hubungan percintaan di antara pemain bola sepak terkenal Korea iaitu Son Heung-min dengan model serta personaliti TV Portugal, Vera Von Monika.

Hubungan di antara pasangan ini dikatakan telah bermula sejak dari tahun 2023. Malah, Vera juga telah didapati sering hadir menonton perlawanan bola sepak pasukan Son Heung-min iaitu Tottenham Hotspur.

image is not available

Tidak berhenti di situ, model tersebut juga turut berkongsi beberapa gambar di media sosial miliknya yang dikatakan telah diambil di rumah Son Heung-min yang terletak di Hampstead, London.

Peminat turut mendapati bahawa rakan serta sahabat baik pemain bola itu turut mengikuti akaun Instagram peribadi milik Vera dan sering berinteraksi di antara satu sama lain.

Namun, sehingga kini kedua-dua pihak pasangan tersebut masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka.

Wah! Semoga hubungan mereka berkekalan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.