Dah rancang lama! Pembinaan Masjid Warisan depan TRX tetap diteruskan -Menteri Agama

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 4:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pembinaan Masjid Warisan di hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) akan diteruskan seperti yang telah dirancang sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Projek bukan perancangan baharu

Memetik laporan daripada Bernama, projek berkenaan bukanlah perancangan baharu, sebaliknya telah dirangka sejak sekian lama dan dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh fungsi institusi masjid sebagai pusat keharmonian masyarakat.

“Kita akan teruskan kerana ini perancangan yang sudah lama dan insya-ALLAH kita berdoa supaya dapat melaksanakannya,” katanya.

Image from: Dah rancang lama! Pembinaan Masjid Warisan depan TRX tetap diteruskan -Menteri Agama

Digesa pihak tertentu batalkan projek

Sebelum ini, terdapat pihak yang didakwa menggesa supaya pembinaan Masjid Warisan dibatalkan kerana dikatakan berpotensi menimbulkan ketidakharmonian serta rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Mengulas perkara itu, Zulkifli berkata orang ramai yang mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan mengenai projek tersebut boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Image from: Dah rancang lama! Pembinaan Masjid Warisan depan TRX tetap diteruskan -Menteri Agama

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan surat pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah (AJK) Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan bagi sesi 2026 hingga 2029 yang berlangsung di Masjid Al-Khadijah, Kampung Pantai Dalam.

Dalam majlis itu, sebanyak 3,010 pencalonan diterima melibatkan 91 masjid dan 124 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi sesi bermula 16 Jun 2026 hingga 15 Jun 2029.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,914 calon berjaya dipilih selepas melalui proses tapisan keutuhan yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

Sumber: Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved