“Dah Resah Ke Tu” – Ruangan Komen Diserbu, Kenapa Qistina Raisah Digesa Minta Maaf?

Entertainment
24 May 2023 • 11:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Qistina Raisah sejak kebelakangan ini sering menjadi perhatian ramai, lagi-lagi selepas isu dirinya mempromosikan satu aplikasi dating bersama seorang lelaki yang jauh lebih berusia darinya.

Biarpun dikecam ramai, Qistina seakan-akan tidak mengambil endah hal tersebut dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Bagaimanapun, baru-baru ini, sekali lagi namanya disebut ramai dan ruangan komen di akaun TikToknya dipenuhi dengan reaksi netizen.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen menyeru pelakon remaja tersebut untuk memohon maaf kepada seseorang dengan segera kerana didakwa melakukan ‘hal buruk’ terhadap individu tersebut.

image is not available

Bukan saja meminta pelakon berumur 14 tahun itu untuk memohon maaf, malah ada yang mendakwa dirinya kini dalam keadaan resah kerana itu memuat naik video berkenaan setelah individu terbabit ‘menyelar’ dia.

image is not available

Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik oleh Qistina itu telah meraih lebih 7000 tanda suka dan hampir 450 ribu tontonan daripada pengguna TikTok.

image is not available 7 bulan lalu

"Jadi Kes Polis Nanti" - Baru Usia 14 Tahun, Netizen Dakwa Qistina Raisah Bercinta Dengan Lelaki Dewasa?