
Individu baru dapat tahu suhun kegemarannya dijual di bahagian ‘non-halal’
Dah Sebati Dalam Badan, Individu Terkejut Selama Ini Makan Suhun Tidak Halal. Satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik mengenai suhun dijual bahagian ‘non-halal’ di sebuah pasaraya, Kuching.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, individu itu menyatakan bahawa dirinya terkejut kerana mengetahui suhun tersebut adalah tidak halal.
“Baru tahu suhun ni non-halal. Selama ni memang masak guna suhun ni, campurkan dalam masakan,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, dia turut berkata, sesetengah pasaraya masih meletakkan suhun itu di bahagian halal, jadi dia menasihatkan supaya berhati-hati membeli makanan yang tidak halal.
“Ada sesetengah mall masih jual di tempat halal, harap lepas ni tak kena benda macam ni lagi, makan makanan tidak halal,” ujarnya lagi sambil kecewa mengetahui suhun tersebut adalah tidak halal.
Reaksi netizen juga terkejut, malah segelintir mempersoalkan perkara tersebut
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial turut terkejut, bahkan ada yang mengatakan bahawa mereka makan suhun itu sejak kecil lagi.

“Dari kecil makan mi suhun ni, berpuluh tahun dan baru sekarang tiba-tiba non-halal hmm,” ujar salah seorang pengguna media sosial di laman Facebook itu.
Sementara itu, ada juga netizen berkata perkara yang serius ini perlu diperiksa oleh pihak berkuasa untuk mengesahkan suhun berkenaan halal atau tidak.
Netizen mohon pihak berkuasa bagi pencerahan mengenai perkara ini
“Tolong sahkan kenapa suhun ini tidak halal, sebab ni perkara yang serius. Apa sebab tidak halal, memandangkan sudah berkilo-kilo suhun ditelan.

“Jakim mohon pencerahan demi kemaslahatan umat islam,” kata lagi seorang netizen turut memberi pendapatnya mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengatakan suhun tersebut tidak halal.
