"Dah Selalu Sangat Berlaku" - Kes Pelajar Agama Diliwat Senior Hampir 2 jam

29 Sep 2022 • 1:10 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku jam 1 pagi, apabila mangsa yang berusia 16 tahun ketika itu berada dalam bilik asrama sebelum seorang pelajar senior meminta mangsa datang ke biliknya.

image is not available

“Sebaik mangsa memasuki bilik pelajar senior berusia 19 tahun itu tangannya terlebih dahulu dikilas dan diminta supaya tidak melawan dan menjerit.

“Ketika itu mangsa diliwat selama hampir dua jam di dalam bilik senior terbabit,”

Wan Hassan berkata, mangsa yang bimbang keselamatannya telah membuat laporan polis.

Jelasnya, susulan daripada laporan dibuat mangsa, polis berjaya menahan pelajar senior itu pada jam 8.15 malam Isnin di asrama pusat pengajian terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, ketika dihubungi memaklumkan pelajar senior terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan direkodkan pada Selasa.

“Mangsa telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

“Polis melakukan siasatan secara menyeluruh dan meliputi segenap aspek," ujarnya.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved