Dah setahun menanti, penghibur Man Raja Lawak kecewa stesen TV belum bayar hutang seperti mana yang dijanjikan sebelum ini.
Dalam hantaran di Instagram, Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kassim berkata, dia hampa apabila pengurusan sebuah stesen dikatakan masih gagal menjelaskan bayaran hasil kerjanya.
“Payment dah setahun tunggu, bukan banyak pun. RM4,000 sahaja. Hari tu kita pergi buat kerja pun pakai modal sendiri RM1,000. Itu macam mana nak kira?
“Takkan nak sedekah macam tu saja?”luahnya.

Man Raja Lawak kecewa stesen TV belum bayar hutang
Dalam hantaran itu, Man Raja Lawak juga seakan memberi bayangan stesen TV itu sudah berkali-kali culas dalam membayar gaji artis serta krew produksi lain.

Ditawarkan jadi juri sebuah program
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, MAn berkata, dia ditawarkan sebagai juri untuk satu program stesen TV terbabit membabitkan dua lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Kuantan selama empat hari.
Katanya lagi, pihak stesen TV berkenaan juga tidak memberi wang petrol dan lain-lain lagi termasuk bayarannya.
“Di Kuala Lumpur modalnya tak besar, tapi penatnya lain macam. Bayangkan kerja dua hari dari pagi membawa ke malam. Begitu juga di Kuantan kerja dua hari dari pagi sampai malam
“Saya dibayar RM1,000 sehari dan empat hari untuk dua lokasi jumlahnya RM4,000,” katanya.

Perkara semakin rumit apabila dia berurusan dengan orang tengah yang tidak dapat memberi jawapan tepat terhadap masalah itu.
Man berkata, dia tidak kisah sekiranya mereka membayar secara ansuran sekiranya mempunyai masalah. Namun, sehingga kini pihak berkenaan langsung tidak melunaskan bayaran sepatutnya.
“Bila kita tanya, katanya dalam proses. Biasanya bayaran paling lambat pun tiga bulan. Ini dari tiga bulan, menganjak ke enam bulan, lapan bulan dan sekarang dah setahun.
“Baru-baru ini saya ada jumpa dia. Katanya nak selesaikan hujung Julai tapi ini dah masuk 2 Ogos tak nampak pun. Saya dah beritahu dia awal-awal kalau dia tak buat apa-apa tindakan sampai Ogos, saya pula yang akan bertindak.
“Tak kisah pun kalau dia kata ada masalah semua tapi sekurang-kurangnya adalah sikit-sikit. Ini langsung tak bayar. Pergi Kuantan saya keluarkan kos RM1,000 bayar pembantu peribadi, makan minum, petrol dan tol. Bukan dekat tempatnya,”ujar Man Raja Lawak.
Alamak! Apa ni tak bayar hutang lagi. Tak baik tau buat macam tu. Ingat, hutang wajib dibayar!
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman), Instagram Man Raja Lawak


