“Dah Tak Ada Hype..” – Jumlah Penstriman Turun Mendadak, NewJeans Dah Tak Popular Kini?

LocalEntertainment
28 Aug 2024 • 4:17 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Semasa awal debut, NewJeans memang terus popular dan digilai ramai.

Antara lagu mereka yang menjadi siulan ramai sejak tahun 2022 ialah “Attention”, “Hype Boy”, “Ditto”, “OMG”, “Super Shy” dan banyak lagi.

Pada tahun ini, mereka meriliskan beberapa lagu seperti “How Sweet” dan “Supernatural” iaitu lagu Jepun namun seperti tidak mendapat sambutan sehebat lagu yang lalu.

Menurut pengguna X, lagu “How Sweet” hanya 99 juta pendengar di laman penstriman Spotify setakat ini meskipun lagu lama seperti “OMG” mencapai lebih 700 juta pendengar. Malah lagu ini hanya berbeza setahun sahaja jarak rilisnya, lantas menimbulkan spekulasi bahawa NewJeans tidak popular seperti dahulu.

Komen netizen,

  • Boleh tak kita dengar muzik tanpa beria sangat mengenai jumlah penstriman?
  • Tapi jumlah itu masih okay?
  • Lagu “How Sweet” biasa sangat.
  • Sebab hype dorang dah habis.
  • Tak salah pun..

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.