Dah Tak Guna Borang Bertulis, Ini Panduan Guna e-Nota Konsainan Pos Laju

10 Nov 2023 • 4:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jimat ink pen

Dah Tak Guna Borang Bertulis, Ini Panduan Guna e-Nota Konsainan Pos Laju. Siapa yang suka beli barang online tu? Perkara ini wajib untuk anda ambil tahu sebab sekarang, syarikat kurier nasional, Pos Laju tidak lagi menggunakan borang bertulis untuk menulis alamat!

Alamak.

Tahukah anda bahawa penghantaran barang menggunakan Pos Laju kini telah menggunakan e-Nota konsainan? Ini bermakna anda perlu memuat turun aplikasi telefon pintar Pos Laju bagi tujuan tersebut.

Tapi bagaimana nak guna cara baru ini?

image is not available
Dah Tak Guna Borang Bertulis, Ini Panduan Guna e-Nota Konsainan Pos Laju

Langkah-langkah guna aplikasi Pos Mobile Apps

Pertama sekali, anda perlu memuat turun aplikasi Pos Mobile Apps di telefon pintar anda.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Google Play Store untuk Android atau Apple Store untuk iOS.

image is not available
Aplikasi POS Malaysia boleh dimuat turun dari Apple Store (iOS) atau Google Play (Android)

image is not available
Halaman utama aplikasi POS Malaysia.

Kemudian, pilih ‘New consignment’ dan isi alamat penghantar dan penerima seperti yang diminta.

Berikut adalah contoh maklumat anda perlu isi:

image is not available
Alamat pengirim

image is not available
Alamat penerima

Kemudian, isi maklumat mengenai barang yang dihantar oleh anda.

image is not available
Maklumat barang dihantar.

Setelah selesai, anda akan diberi ringkasan maklumat untuk mengesahkan maklumat anda, termasuk alamat anda dan penerima serta jumlah cas penghantaran.

image is not available
Ringkasan maklumat.

Setelah mengesahkan maklumat-maklumat tersebut, anda akan diberi nombor rujukan dan kod QR.

Kod QR ini akan diimbas di kaunter Pos Laju apabila anda menghantar barang anda ke pusat kurier tersebut.

image is not available
Nombor rujukan penerima dan kod QR untuk diimbas di kaunter Pos Laju.

Jimat masa, mudah diguna, dan convenient untuk anda!

Senang kan? Tak perlu lagi susah-payah isi borang ketika di pejabat Pos Laju! Cuma buat dahulu di rumah menerusi aplikasi Pos Laju lepas tu hantar sahaja barang hantaran anda ke pejabat pos.

Mudah dan jimatkan masa!

Lagi di sini:

https://www.iloveborneo.my/aplikasi-myjpj-bakal-tambah-ciri-pembayaran-untuk-mudahkan-pembaharuan-lesen/

https://www.iloveborneo.my/ini-langkah-mudah-mohon-bantuan-ibu-bersalin-sarawak-bernilai-rm450/

View Original Article