“Dah Tak Ingat Nama Sendiri, Anak-Anak” – KJ Maklum Pak Lah Hidap Demensia, Kesihatan Makin Merosot

Politics
12 Sep 2022 • 2:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dikhabarkan menghidap demensia, menurut menantunya yang juga Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Maklum Khairy yang menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia ke-26 di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah itu juga sudah tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

Saya ingin berkongsi satu perkara peribadi yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini yang Pak Lah menghidap demensia.

Beliau mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak pada 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Kata Khairy, keberadaan Pak Lah sering menjadi buah mulut rakyat kerana sudah lama tidak melihat beliau di tempat umum.

image is not available

Sumber : Coconuts.co 

Pak Lah juga terpaksa duduk di atas kerusi roda berikutan beliau tidak lagi mempunyai kemampuan fizikal dan fikiran.

Saya tahu beliau masih mengenali saya apabila melihatnya mengerdipkan mata, apabila saya melawatnya. Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang.

Sekadar info, penyakit demensia adalah di mana pesakit kehilangan daya ingatan dan menyebabkan gangguan berfikir disebabkan oleh penyakit atau kelainan pada otak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

"Lebih Baik Bunuh Saya" - Kenapa Rosmah Mansor Cakap Begitu? Sebab Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Ini...