Dah tak terikat dengan etika kerahsiaan, Rafizi kembali ‘panaskan’ podcast YBM!

LocalPolitics
17 Jun 2025 • 3:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
tak terikat dengan etika kerahsiaan

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli kembali ‘panaskan’ podcast YBM (Yang Berhenti Menteri) memandangkan sudah tak terikat dengan etika kerahsiaan lagi dan bebas untuk bersuara.

Rafizi tak terikat dengan etika kerahsiaan

Memetik perkongsian yang dibuat oleh Rafizi di Facebook, beliau akan sepertinya akan menjawab beberapa tohmahan yang dilempar kepadanya sejak kebelakangan ini lebih-lebih selepas meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi.

“Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan. Jadi saya bebas bersuara,” ujarnya.

image is not available

Tak terikat dengan etika kerahsiaan, bebas bersuara

Jelasnya lagi, podcast YBM akan bersiaran setiap minggu pada hari Jumaat jam 9 malam dan beliau akan memberi ulasan di podcast berkenaan berkenaan pelbagai persoalan melibatkan dirinya.

“Insya-Allah, saya akan imbangkan ulasan YBM – bakar pun ada, beri pencerahan pun ada.

“Yang penting, mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman yang adil kepada semua.

Jumpa hari Jumaat ini, jam 9 malam,” tulisnya lagi.

image is not available

Ramai dah tak sabar nak tunggu podcast YBM

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sudah tidak sabar menantikan episod podcast YBM bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan semua yang terjadi sebelum ini.

image is not available

Rafizi Ramli pemimpin masa kini

image is not available

Boleh colab dengan Keluar Sekejap

image is not available

Terdahulu, Rafizi telah meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025 selepas tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR untuk sesi 2025-2028 kepada Nurul Izzah Anwar.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli