Dah Takde Benda Lain Nak Ambik, Rasakan Polis Tengah Cari!

16 May 2024 • 9:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar TikTok

Ingatkan 'line clear', tetapi seorang lelaki tidak menyedari aksinya mencuri beberapa helai pakaian dalam yang dijemur di sebuah rumah di Titi Teras, Balik Pulau berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman video memaparkan suspek yang memakai topi keledar memanjat pagar rumah tersebut lalu merentap pakaian dalam berserta penyangkutnya sekali sebelum bergegas beredar dari situ menaiki sebuah motosikal.

Perbuatan memalukan itu berlaku pada Ahad lepas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran. - Getaran, 16 Mei 2024

@getaranmy Kejadian berlaku di Titi Teras, Balik Pulau pada Ahad lepas. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran. #getaranmy #viral ♬ Quirky Suspenseful Indie-Comedy(1115050) - Kenji Ueda