Dah Tawar RM7 Masih Dikatakan Mahal, Wanita Dari Asajaya Ini Luah Kesal Terhadap Pelanggannya

16 Jun 2023 • 3:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Caj COD dari Asajaya Ke Satok hanya RM7 masih dikatakan mahal

Dah Tawar RM7 Masih Dikatakan Mahal, Wanita Dari Asajaya Ini Luah Kesal Terhadap Pelanggannya. Perkhidmatan penghantaran makanan terus menjadi pilihan ramai ketika ini.

Bagaimanapun isu berkenaan caj penghantaran ini banyak menimbulkan isu dalam kalangan pelanggan yang kadangkala tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan.

image is not available
Dah Tawar RM7 Masih Dikatakan Mahal, Wanita Dari Asajaya Ini Luah Kesal Terhadap Pelanggannya

“Suruh dia ambik sendiri lah kalau dah berkira sangat” – netizen

Tetapi seperti perkongsian seorang wanita di Facebook miliknya luahkan rasa kesal dengan pelanggannya yang masih menganggap caj penghantaran dianggap mahal walaupun sudah tawarkan harga yang rendah.

Menerusi Facebook, wanita tersebut kongsikan satu tangkap layar dari bualan antara beliau dan pelanggannya.

Kata pelanggannya caj COD yang ditawarkan wanita tersebut mahal lalu tidak jadi untuk membeli darinya. Menerusi kapsyen wanita tersebut, dia menawarkan caj untuk COD dari Asajaya Ke Satok hanya RM7.

image is not available
Sumber: Facebook

Seringkali mereka menganggap penghantaran adalah percuma.

” Asajaya – Satok cod RM7. Mahal sangat ke? Sebab tu kadang aku mintak ikhlas hati je sampaikan rasa takut nak bagi caj COD.” – luah wanita tersebut.

Sekadar info, jarak dari Asajaya hingga ke Satok lebih kurang 36km (1 jam 2 minit). Ada netizen yang meninggalkan komen bahawa harga cod yang wanita tawarkan adalah murah dan tidak sepatutnya mengenakan harga tersebut.

image is not available

Ia mengambil kira kos minyak pengangkutan dan masa untuk perkhidmatan penghantaran. Kalau anda berada di tempat wanita tersebut, berapa yang anda akan tawarkan? Kongsi pendapat anda di ruangan komeSeringkali mereka menganggap penghantaran adalah percuma.n kami.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: