![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Pemandu-Pelancong-Didakwa-Selamba-Pijak-Terumbu-Karang-Di-Pulau-Redang-Undang-Perhatian-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ekosistem termasuk hidupan laut merupakan harta negara yang perlu dilindungi oleh semua pihak.
Meskipun ada yang kurang arif tentang perkara itu, golongan yang dekat dengan hidupan laut seharusnya elak dari melakukan kesalahan yang boleh memberi impak buruk kepada ekosistem.
Pengunjung Pulau Redang Dakwa Guide Pijak Terumbu Karang
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki berkongsi video menunjukkan orang ramai sedang menyertai aktiviti island hopping di Pulau Redang, Terengganu.
Namun dakwanya, seorang pemandu pelancong (guide) pulau tersebut telah bertindak memijak terumbu karang besar yang terletak di dasar laut bersama para pengunjung yang lain yang berada sekitar check point utama, Pasir Akar.
“Terkejut juga ke Redang hari tu. Guide memang takde kesedaran langsung, gagal,” katanya di ruangan kapsyen.
Lelaki Dakwa Guide Tak Pedulikan Teguran Mengenai Aksi Pijak Terumbu Karang
Tambah lelaki itu di ruangan komen, dia telah pun menegur pemandu pelancong terbabit mengenai kesalahan tersebut. Bagaimanapun, pemandu pelancong itu didakwa tidak mengendahkannya.
“Dah cakap hari tu (kepada guide) tu batu karang bukan batu simen. Dia buat dek (tak tahu) je,” dakwanya.
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/terumbu-karang-1.jpg)
Semakin Banyak Terumbu Karang Mati, Dipijak Salah Satu Puncanya
Jelas lelaki itu, terumbu karang tidak boleh dipijak kerana ia termasuk dalam kategori hidupan laut.
“Itu adalah hidupan laut. Bukan macam batu buat rumah tu. Walaupun dia nampak seperti batu tapi itu adalah hidupan yang memakan masa yang agak lama untuk menjadi sebesar itu,” katanya.
Menurutnya lagi, tindakan tidak bertanggungjawab ini jugalah menjadi punca mengapa banyak batu karang di lautan mati.
“Bermula dari kita (tindakan manusia) dan kesannya kepada generasi ke hadapan,” katanya.
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/terumbu-karang.jpg)
Sumber: Pexels
Boleh Dipenjara 2 Tahun & Didenda RM20,000 Jika Rosakkan Terumbu Karang
Menurut Taman Laut Johor, merosakkan terumbu karang dan ekosistemnya adalah dilarang sama sekali dan merupakan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317).
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan merosakkan terumbu karang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Terumbu Karang Di Lautan Ambil Masa 5-10 Tahun Untuk Tumbuh
Hukuman bagi kesalahan tersebut adalah munasabah memandangkan ia mengambil masa yang lama untuk tumbuh.
Memetik laman Redang.org, salah satu peraturan di pulau itu adalah untuk tidak memijak, menendang atau berdiri di atas terumbu karang.
Pakar ekologi marin dari Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Muhammad Ali Syed Hussein sebelum ini berkata karangan laut mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun untuk tumbuh.
@blackyardd terkejut jgk ke redang haritu guide memang tkde kesedaran lansung…failed #redangisland #pulauredang #terengganufc ♬ 原声 – ckc212188
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Kecewa Masih Ada Yang Tak Peka Tentang Kepentingan Terumbu Karang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa hampa apabila pemandu pelancong sendiri yang melakukan kesalahan merosakkan hidupan laut.
“Patutlah banyak terumbu karang yang mati. Inilah punca,” kata seorang lelaki.
“Ya Allah marahnya, kita berialah buat pemuliharaan batu karang untuk pastikan ia terjaga, dia boleh buat selamba pulak,” tambah seorang lagi warganet.
Individu Dakwa Guide Sendiri Minta Pelancong Duduk Atas Terumbu Karang
Malah ada netizen yang berkata ada pemandu pelancong yang sebelum ini meminta pelancong untuk duduk di atas terumbu karang ketika berkunjung ke sesebuah pulau.
“Guide sendiri yang suruh duduk atas tu (terumbu karang). Hari tu, saya pergi Pulau Perhentian. Dari jauh dia cakap, tak apa kalau sesiapa nak pijak. Boleh pijak atas batu tu.
“Kemudian, saya pergi kawasan tu, saya cari batu yang dia cakap tapi tak ada pun batu besar. Yang ada coral je ni yang besar macam tu. Terkejut juga tengok saiz batu coral tu,” ujar seorang netizen.
Ramai Baru Tahu Pijak Terumbu Karang Merupakan Satu Kesalahan
Sementara itu, ramai juga baru tahu terumbu karang tidak boleh dipijak, sekaligus menjadikan perkongsian ini sebagai satu kesedaran yang baik kepada orang awam tentang kepentingan menjaga ekosistem negara.
“Bagus juga awak viralkan. Rupanya ramai lagi yang tak tahu. Boleh bagi kesedaran kan,” kata seorang pengguna TikTok.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/guide-pijak-terumbu-karang-Pulau-Redang-1024x1013.jpg)
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/guide-pijak-terumbu-karang-Pulau-Redang-2-1024x731.jpg)
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/guide-pijak-terumbu-karang-Pulau-Redang-3-1024x670.jpg)
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/guide-pijak-terumbu-karang-Pulau-Redang-4-941x1024.jpg)
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/guide-pijak-terumbu-karang-Pulau-Redang-5-1024x1024.jpg)
![Image from: “Dah Tegur Tapi.. – Pemandu Pelancong Didakwa Selamba Pijak Terumbu Karang Di Pulau Redang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/guide-pijak-terumbu-karang-Pulau-Redang-6-1024x707.jpg)

